top of page
Author - Hani Fazuha 

ISBN - 978-967-0718-33-0

Year Publish - 2015

Language - Bahasa Melayu

Paperback, 390 pages

Selimut Malam

RM20.00Price
Quantity
  • Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang haram, bukan untuk sebuah kasih sayang.

    Tapi, ada yang Haidar tidak tahu kenapa dia sanggup lakukan begitu.

    'Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.' 

    Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara. 

    'I tahu you tak pernah sayang I. Tapi..' liurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri. 

    'Cara you 'buang' I ni, buat I rasa terhina'. 

    'I tahu you kuat.' 'Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi isteri.

    Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta dan kasih sayang. 

    'Maksudnya, you dah puas dengan I?'. Suara Dania hampir tidak terkeluar. 

    Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman.
     

    Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah akan ada orang ketiga?

bottom of page